selamat datang

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 :)

Assalamualaikum...

Okay buku lama kita tutup dan kita sudahi dengan catatan terakhir.
Segala yang terjadi sama ada manis mahu pun pahit kita jadikan ia teladan dan kenangan.
Kita buka buku baru dengan semangat menuju kepada keredhaan-NYA.
Semoga kita berjumpa dengan apa yang kita cari selama ini.



Sebelum itu aku ada sedikit pesanan kepada seseorang.
Kawan , aku tidak tahu sama ada kau akan baca entry ini atau ponn tidak.
Tapi tidak mengapa aku akan mencoretkannya juga sebagai kata terakhir ku kepada kau.
Aku minta sangat2 kawan kau jangan muncul dalam hidup aku lagi.
Call or text aku rasakan ianya hanya perkara sia-sia yang kau lakukan.
Aku tidak marah mahupun berdendam.
Ya aku pernah rasa kecewa teramat sangat tapi ianya telah hilang ditelan masa.
Kau sudah memilih jalan hidup kau dan menemukan orang sesuai utk kau.
Biarkan aku pula dengan ceritera hidup aku.
Biarkannlah aku mencorak hidup aku tanpa adanya kau disisi aku.
Tanpa adanya nama kau dalam kamus hidupku.
Berbahagialah wahai kawan.
Aku sentiasa mendoakan kau dari jauh.
Akan ku kenang persahabatan kita walaupun ianya singgah hanya sekejap.
Seperkara lagi yang aku harapkan supaya orang2 disekitarku tidak lagi mengaitkan diriku dgn dirimu.
Sesungguhnya kau hanyalah tinggalan sejarah dalam hidupku.




Akhir kata Salam Maal Hijrah 1434 buat blogger2 sekalian :)
Buka lembaran baru dalam hidup kalian.
Semoga kita semua diberkati oleh-NYA

No comments:

Post a Comment